Soalan Lazim

Soalan: Berapa lama produk yang saya pesan akan sampai?

Jawapan: Kami menggunakan pos laju dalam urusan penghantaran produk. Untuk semenanjung Malaysia, kebiasaanya anda akan menerima produk anda dalam masa 1-2 hari dan bagi Sabah/Serawak antara 1-5 hari. Ini semua bergantung pada lokasi anda. Jika anda tinggal dibandar-banda besar, biasanya sehari anda sudah dapat produk anda. Jika anda tidak menerima produk anda selepas 3 hari, sila hubungi kami semula. Kami akan cuba bantu anda.

Soalan: Saya kerja jadi boleh ke hantar ke pejabat?

Jawapan: Saya amat galakkan kepada mereka yang bekerja agar produk yang anda pesan dipos ke pejabat anda. Anda akan dapat produk tersebut ke tangan anda.

Soalan: Takpe ke? Saya ni pemalu. Saya takut kawan pejabat/rumah tahu apa yang saya beli.

Jawapan: Usah risau. Kami telah menjalankan perniagaan intenet hampir 2 tahun. Setiap produk akan dibungkus kemas dan mustahil untuk kawan-kawan tahu apa yang anda beli kecualilah anda sendiri yang tunjukkan pada mereka. Pos Laju akan hantar bungkusan ke tangan anda. Jika anda tiada dirumah, mereka takkan sama sekali letak bungkusan dalam peti surat anda. Pos Laju akan meminta tandatangan anda selepas bungkusan diserahkan pada anda. Jadi anda tidak perlu risau. Pesanan anda pasti sampai. Jika hilang sekali pun, kami akan cari dan gantikan untuk anda.